cinta itu suci ibarat air

cinta itu suci ibarat air

Tuesday 1 March 2011

Ayah!!tangan abg........

Suatu pagi semasa aku dalam perjalanan ke sekolah memandu, sedang asyik berbual dengan cikgu memanduku, tiba-tiba kami terdiam seketika sambil telinga kami tertumpu pada corong radio yang terpasang di dalam kereta.  Kisahnya amat menarik perhatian kami sehingga kami diam seribu bahasa sambil kusyuk mendengar kisah yang diceritakan oleh ustaz yang sedang ke udara pada masa tersebut.  Kisahnya begini…..

Si ayah mempunyai seorang anak lelaki yang sangat gemar melukis sehingga semua dinding-dinding di dalam rumah menjadi bahan untuk dia melukis.  Si ayah masih lagi mampu bersabar dengan sikap anaknya yang gemar sangat melukis.  Si ayah menyedari bakat anaknya yang dipanggil Abang itu, lantas si ayah membeli pensil warna dan beberapa buah buku dan diberikan kepada anak kesayangannya.  Si anak sangat gembira sekali dengan apa yang telah diberikan oleh ayahnya. 

Pada suatu hari, anaknya terlalu leka bermain dengan pensil warna yang diberikan oleh ayahnya sehingga dengan pensil warna itu juga si anaknya menconteng kereta sehingga meninggalkan kesan calar pada kereta baru yang belum sampai sebulan yang baru dibelinya.  Tiba-tiba si ayahnya keluar dari rumah dan terkejut melihat keadaan keretanya yang penuh kesan contengan dan penuh calar-balar.  Dengan sikap amarah yang telah menyelubungi diri, si ayah terus memanggil si anaknya dan terus memarahi sambil merampas pensil warna yang baru dibelinya semalam untuk anaknya.  Anaknya menangis teresak-esak apabila si ayah merampas pensil warna kesayangan yang telah dihadiahkan oleh ayahnya…

Si ayah terus mencampakkan pensil warna ke dalam kereta sekuat hatinya dan terus berlalu pergi ke pejabat semula.  Setibanya si ayah di pejabat, perasaan geram dan marahnya masih tidak padam sehinggakan telefon berdering tidak diendahkan.  Telefon tidak berhenti-henti berdering tapi tidak diendahkannya sehinggalah si ayah kian bosan dengan deringan dan terus mengangkatnya dengan perasaan geram….

Tiba-tiba si ayah tergamam seketika di saat menjawab panggilan yang diterima…..
“……diminta encik segera ke hospital untuk menandatangani borang kerana anak encik perlu segera dibedah….”….tapi kenapa??......”Lebih baik kita berbincang di hospital sahaja, diminta encik segera datang hospital sekarang juga…nyawa anak encik dalam bahaya sekarang!!”……

Si ayah tersentak dan terus bergegas ke hospital.  Tiba di hospital, terus si ayah menuju ke bilik doktor.  Menurut doktor yang merawat anaknya, “Anak encik perlu segera dibedah dan di minta menurunkan tandatangan encik di sini agar anak encik perlu segera dibedah”.  Si ayah bertanya lagi” Kenapa denga anak saya doktor, kenapa saya perlu menurunkan tandatangan sekarang?”.  “Begini encik, tangan anak encik perlu dipotong bagi mengelakkan jangkitan kuman merebak ke bahagian lain jadi pihak kami terpaksa memotong sebelah tangan anak encik”..

Mendengar segala penjelasan yang telah diberikan oleh doktor, kini barulah dia sedar betapa besarnya kesilapan yang telah dilakukan dan semasa ingin menurunkan tandatangan pada borang kebenaran, terketar-ketar tangannya dan barulah dia menyedari betapa berharganya tangan.  Si ayah benar-benar menyesal di atas segala perbuatan dan kekasaran terhadap anaknya.  Barula dia tahu tangan adalah lebih berharga yang sukar dicari ganti berbanding kereta yang baru dibeli yang boleh diperbaiki semula.  Ya Allah apa yang telah aku lakukan terhadap anakku ini, aku menyesal Ya Allah…kuatnya dugaan yang Kau berikan kepadaku terutamanya anakku…”keluh hati si ayah.

Selepas menurunkan tandatangan, si ayah tanpa berlengah lagi mencari bilik anaknya.  Di saat si anak terpandang wajah ayahnya, si anak berkata sambil menangis dan merintih. “Ayah, abang janji abang takkan conteng kereta ayah lagi, abang janji abang takkan nakal lagi dan abang akan dengar cakap ayah, takkan bantah cakap ayah lagi..ayah nak ambik pensil warna abang ambiklah..abang takkan marah lagi tapi ayah kembalikan tangan abang balik….abang tak nak semua tu yang abang nak hanya tangan abang balikje..abang nak tangan abang balikje ayah…tolonglah ayah…. ”

Menitik air mata si ayah…tak sanggup mendengar rintihan anaknya.  Kini baru dia sedar akan kesilapannya..terlajak perahu boleh diundur tapi bila sudah terlajak kata dan perbuatan…sudah tidak dapat diundur lagi…tapi kita kena ingat..bila marah sudah menyelubungi diri…maka syaitan telah menguasai diri kita..maka kita kadangkala tidak menyedari apa yang telah kita lakukan..kita akan menyedarinya apabila kita sudah melihat akan natijah di atas perbuatan yang telah kita lakukan..sama-samalah  kita mengambil iktibar dari kisah yang telah kuceritakan ini dan dari kisah ini banyak iktibar yang kita boleh ambil dan sama-samalah kita memuhasabah diri….Wallahualam….